Saturday 6 June 2015

Seronok Sangat Ke Jadi Popular ??

Assalamualaikum dan hai.

Cuba renung kata2 Hilal Asyraf ni (sori tak muat nak printscreen, cuma mampu copipasta ayat je):

Kadang bila Allah beri kita sikit kelebihan, populariti contohnya, kita mudah lupa.
Kita fikir kita ada 'kuasa', besar.
Padahal angka like yang ribu raban itu, komen berjela itu, kemungkinan bila dipanggil untuk dimaterialkan, tidak pun dapat dijadikan realiti. Hanya riuh menunjukkan kebersamaan di media sosial.
Kadang kita tertipu dengan angka-angka ini. Padahal perjuangan tidak boleh bergantung kepada angka-angka kosong. Perjuangan memerlukan angka-angka bernilai.
Maka dari lemas dalam populariti alam maya, kita kena kerja keras berfikir dan bertindak untuk mematerialkan angka-angka tadi sebagai angka yang bernilai. Dan itulah ukuran sebenar kekuatan kita.
Jika tidak, kita larut. Ada terasa dengan kawan, atau ada tak bersetuju sikit hal kecil dengan pihak lain, kita pi jaja kat ratus ribu follower kita. Habis havoc. Kalau yang jenis cakap tak jelas pula, habis buat follower bertanya-tanya. Padahal hal peribadi. Dan bila followers like banyak, komen bagi semangat banyak, automatik kita rasa kita betul. Padahal belum tentu kita betul.
Akhirnya medan dakwah jadi medan tunjuk kuat. Tak ke mana. Situasi tadi sekadar satu comtoh.
Banyak-banyaklah kita bermuhasabah.
Saya pun tak nafikan saya pernah ada masalah ini. Bila saya sedar, maka saya buat beberapa tindakan. Antara tindakan utama ialah memisahkan kehidupan peribadi dengan apa yang dikongsi dengan orang ramai.
Antara terapi yang saya sendiri amalkan dalam hal ini ialah buat dua jenis account FB. Satu jenis page, yang ini. Isinya terbuka kepada umum. Tak terlalu banyak hal peribadi. Jika ada pun, sedikit dan sekali tidak sekala. Fokus kepada tema yang saya hendak usahakan serta kerja-kerja yang saya buat.
Manakala satu lagi yang private, hanya kawan-kawan rapat dan mereka yang pernah berjumpa sahaja yang ada di dalam account tersebut.
Page ini adalah 151,000 orang followers, manakala account private saya hanya ada 170 orang friends. Kalau nak kongsi hal lebih peribadi, atau ada luahan hati, atau nak bergurau sakan sikit dengan kawan-kawan rapat atau mungkin ada pendapat serta perbincangan yang agak kontroversi, saya kongsi di sana. Ianya lebih tertutup, dan biasanya kawan-kawan kita ni kenal dengan kita, sebab pernah jumpa, pernah banyak berbincang, pernah beraktiviti bersama, membuatkan mereka lebih rasional dalam mengimbangi apa yang kita timbulkan. Mereka takkan like hanya kerana kita update, mereka takkan sokong hanya kerana kita yang tulis.
Saya belajar hal ini daripada al-Fadhil Ustaz Hasrizal. Dan ia sangat banyak membantu kehidupan saya.
Kadang syaitan ni pandai. Dia tukar anugerah jadi fitnah. Kita kena usaha untuk lebih bijaksana mengurus aset kita.
Jadikan aset-aset kita saham akhirat. Pergunakan aset-aset kita, jangan sampai dipergunakan.
Muhasabah.
Terutama buat diri saya sendiri yang masih banyak kelemahan.

Bab ni tak nak cakap banyak pun sebenarnya. Apa yang Hilal Asyraf ni cakap memang betul. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dapat like, di-ignore, diboikot, hidup bersendirian. Sebab andaikata aku dapat banyak like dan dapat pujian, makanya aku riak, dan itu salah satu ciri2 syirik kecil (Nauzubillah). 

Aku mengaku dulu pernah post benda2 agama lepas tu dapat like punya banyak. Sampai satu tahap aku terfikir: Aku merasakan apa yang aku lakukan ini tak betul (berdakwah tak salah. itu wajib.) Tapi niat tu. Kalau mengharap pujian manusia maka hanya dapat pujian je. Redha Allah I got ZERO.

Sekarang ni aku dah tak post benda2 dakwah ni di laman sosial. Sebab belum tentu orang lain amalkan. Lagipun biarlah nk berdakwah tu face-to-face, baru ada feel.

I think that's all. Cheers !

#ALoneGirlToBeExplorer
7/6/2015