Wednesday 26 February 2014

Menggapai Kinabalu 2014 (31 Januari 2014: Day 6)

Bangun pagi Alhamdulillah sihat kembali . Lepas bersiap segala bagai, bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu.














 Lepas bergambar terus bertolak ke Poring Hot Spring Ranau. Ada sesuatu yang menarik di sini. Swimming poolnya lebih kurang macam bath tub, tapi berjubin warna biru. tapi tak nak mandi di sini. boring. serabut tengok orang ramai sangat. Waktu ni event Hari Raya Cina kot. Patutla ramai. jadi ambil masa ni jenjalan sesuka hati. hot spring takde besar mana pun. dah penat tu, sampai di surau, tido.
























Lepas settle Solat Jumaat, terus ke Pantai Tanjung Aru. Masa ni tak sihat balik. Tak silap nak pergi ke sini ikut Laluan Banjaran Crocker. Tinggi kan. Tak lama kemudian terus migrain mengejut dan muntah2 dalam bas. Bertahan saja laa dalam bas tu. Malu kowt, ada orang sebelah tengok. Felo yang duduk seat depan pun tanya =='

Dah sampai di Tanjung Aru. Yang lain punya seronok berhuha-huha. Ana jenjalan sensorang nak makan di Marrybrown. Inilah satu2nya restoran halal yang ada di Tanjung Aru. Yang lain semua restoran Non-Halal. Kena spend duit mahal sikit nak makan. Nak mandi-manda memang taklah, waktu tu dalam keadaan sakit teruk. Biasanya ana tak sakit semasa mendaki, tapi akan sakit lepas turun dari gunung. Itu dah jadi adat kebiasaan. Lepas ni kalau lepas turun gunung kena telan ubat Paracetamol dn Ibuprofen cukup2. 

Lepas bersiap-siap di Tanjung Aru, lepak di Pasar Phillipines. Sesuatu yang menarik tempat ni. Hampir separuh daripada stall di sini jual seafood bakar. Macam2 pilihan ada. Tempat pun luas. Mana tak nya, sebelahnya kan laut :) . Ada jual sotong bakar, udang bakar, udang karang bakar, ikan bakar, etc etc. Ada satu sotong cucuk paling murah RM 5. Itu je yang dapat beli. hehe. Waktu tu tak larat nak makan nasi. Loss of appetite.
 

Lepas makan2, bermalam pula di tempat baru: Global Borneo Backpackers. Tempatnya pun boleh kata ok laa. Comfortable nak tidur sehari. 

Next destination tomorrow: Bershopping di Sekitar Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment