Tuesday 4 February 2014

Reminiscing The Sweet Past Moment: Menggapai Kinabalu 2014 ( 30 Januari 2014: Day 5 )

Sekarang ni berada di Laban Rata: Lapangan Kayangan. Waktu malam ni kena rehat cukup2 sebab pukul 2 atau 2.30 pagi kena mendaki pula hingga ke puncak. Lepas habis dinner, terus buat apa yang patut: packing barang siap2, tapi takde la sampai kena bawak beg sampai ke puncak. Tak terlarat satu badan bila galas beg berat2. Bawak beg ringan2 je. Yang penting ada:


  1. Botol air (lagi bagus kalau bawak 1 liter. Tak perlu nak mintak air dari sesiapa lagi dah.)
  2. Glove tebal kalis air dan grip yang kuat.
  3. Mafla (optional)
  4. Pakai windbreaker (kalau takde, pakai baju berlapis-lapis pun cukup dah. Standardla, windbreaker kan mahal )
  5. Headlamp 
Tongkat rasanya tak perlu bawak. 

Dalam bilik tengok ramai dah sambung tidur. Seingat saya, saya tidur dalam pkl 8 pm. Punyalah awal tidur. Bangun pkl 12 pagi. Memang kesejukan sungguh. Nak sentuh setitik air pun tak sanggup. Sangat sejuk dan sakit mencucuk-cucuk. Suhu pada waktu ni adalah pada suhu takat beku: 0 darjah Celcius, suhu di puncak mencecah -3 atau -4 darjah Celcius. Terbayang kat sana ada salji. Eh.

Member2 kat dalam bilik tu punya syok dah tertido. Tak tahu macamana boleh terbangun awal. Mungkin sebab terbayang keadaan kat puncak atas tu kot. Dah boring tu, mundar-mandir pulak bertemankan headlamp nak keluar dari bilik sekejap. Sesekali tengok ada banyak gambar Gunung Kinabalu yg disangkut di dinding. Tempat sekeliling gelap, sebab semua lampu dah ditutup selepas jam 9 malam. Nak tak nak kena pakai headlamp laaa nak tengok gambar.

Dah habis tengok gambar, sambung tidur balik. Bangun balik pada jam 1.30 pagi, sebab nak supper awal2 sebelum mulakan pendakian ke puncak. Nak makan pun macam tak nak makan, haha tak tahu laa kenapa. Rasa heksaited ada, rasa gerun pun ada, rasa gayat bagai pun ada.

Lepas makan terus ada briefing untuk pendakian dari Laban Rata ke puncak. Waktu ni ada sebahagian tempat kat puncak dah berais. Ingatkan dah bersalji. Heh. (Muka tak puas hati kejap). 

Keadaan kat luar sangat sejuk. Pakai baju berlapis-lapis  pun boleh rasa badan 'ditampar' angin bayu. Menggigil. 

Lepas briefing, pendakian ke puncak bermula. Masa ni takde gambar, sebab keadaan di sini sangat gelap.

Sepanjang perjalanan, kepenatan sangat. Sebab banyak sangat tangga nak kena naik. Ada sesuatu yang mengujakan sepanjang perjalanan. Kelihatan tangga dan batu-batan berkerlipan. Hanya zikrullah yang mampu terucap sepanjang perjalanan. Setakat ni jalan nak ke puncak tu ok je. Tetapi ada satu tempat dinamakan 'danger zone' sebab ruangan untuk kita berjalan dangat sempit dan di bawahnya ada gaung curam.  Dan kita kena pegang tali kuat2 dan tak boleh loose langsung. Badan kalau boleh memang kena menghadap batu. Tak silap porter ada kata ramai orang mati di tempat ni. Memang ngeri bila lalu tempat ni. Gambarnya di bawah ni. Dan pada masa itu angin sejuk mula bertiup. Dan bermula di tempat ni porter yang tolong guide saya hingga ke puncak. Bercerita berborak habis dengan dia. 












                  









Danger Zone


Berkaitan qualification nak dapat sijil pula, pendaki wajib melepasi Sayat-Sayat Checkpoint untuk melayakkan diri untuk naik ke puncak. Wajib ada di tempat ni sebelum pukul 5 pagi. Selepas pukul 5 pagi, gate Sayat-Sayat Checkpoint akan ditutup dan disqualified untuk ke puncak. Saya sampai di sini lebih kurang jam 4.15 pagi.

Dah lepas check-in, terus mendaki. Selepas checkpoint tu, jalan terus rata. Masa ni laa lalu macam2 jenis puncak, tapi masih belum sampai ke puncak yang sebenar-benarnya. South Peak (Gunung RM1) , Tunku Abdul Rahman Peak, King Edward Peak,  Donkey Ears Peak, Ugly Sister Peak, dan Oyayu Bi Iwu Peak.

Sepanjang jalan saya asyik tanya porter, berapa KM lagi nak sampai puncak? Porter kata sikit je lagi. Jalan je slow2 kalau rasa tak larat. Porter di sini memang friendly belaka. Memang tak rugi join pendakian ekstrim ni. Yang teramat mengujakan saya  ternampak ada orang solat . Alhamdulillah nikmat tak terucap. Sayangnya gambar orang tu tiada di sini. Ada pada photographer lain.

Dan syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya officially sampai ke puncak (Low's Peak) setinggi 4095.2 m dari paras laut pada jam 6.15 pagi. Sempat juga tengok sunrise. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. 25 peserta daripada 27 peserta selamat tiba di puncak. Syukur sangat2 sebab Allah izinkan kami semua untuk melihat nikmat kebesaran-Nya. Bukan senang nak sampai puncak tambah2 kalau hujan. Kalau hujan risiko untuk jatuh tergelincir sangat tinggi dan risiko kematian mungkin akan tinggi jugak. Sesungguhnya memang ini antara cabaran dan rezeki terindah bagi kami, peserta Menggapai Kinabalu pada tahun 2014 ini.

Enjoy2 lah tengok gambar di bawah ni. Kasi anda semua rasa inspired nak menakluk puncak Gunung Kinabalu suatu hari nanti. Moga impian pembaca blogger ni yang belum naik Gunung Kinabalu akan jadi kenyataan. Amin.



Anak kelahiran Perak ni punyalah gatal tangan nak pegang mafla JDT. Hehe. LUASKAN KUASAMU !! LUASKAN KEHABATANMU !!


Tunku Abdul Rahman Peak











South Peak ( Gunung Duit RM 1)

























Donkey Ears Peak












Ugly Sister Peak






















Low's Peak (The Highest Peak)





Dalam Perjalanan ke Puncak





























































































Di Puncak Angkasa





































































































































































































Dalam Perjalanan Turun dari Puncak


Dah syok bergambar tu mestilah kena turun. Ada ramai lagi orang yang nak bergambar. Haha. Macam2 orang dah jumpa kat puncak. Ada orang Korean, ada ramai lagi international people. Rasa macam taknak turun. Sebab teruja sangat. Semasa dalam perjalanan turun ada ternampak tiga kolam yang mana ketiga-tiga kolam ni ada lapisan ais di atasnya. Aisnya bukan jenis berketul-ketul, tetapi kelihatan seolah-olah kaca apabila dipecah-pecahkan. Kolam ni biasanya selalu digunakan oleh orang Cina untuk baling duit syiling. Tak pastilah untuk apa. Tapi ada kaitan dengan roh orang mati. Wallahu a'lam.

Lepas tu saya terus turun dari gunung. Rasa macam nak naik balik ke puncak. Kalau mampu rasa macam nak peluk ketat-ketat je puncak tu. Haih. Kbye puncak ! (mood nak menangis)

Jalan nak turun dari puncak selepas lapangan rata teramatlah curam. Ada sebahagian tempat kena pegang tali. Takut terjatuh. 

Lepas sampai ke Laban Rata, packing barang siap2 nak turun pulang ke Kinabalu Park. Tapi kali ini kena ikut Laluan Timpohon. Barulah feeling terseksa kaki asyik kena hentak masa turun tangga. Asyik nak duduk kat pondok je ! Tak tahan rasa sakit sangat kaki. Kalau saya biasanya masa mendaki kaki tak sakit, tapi akan sakit masa turun gunung. Dah la pegang beg berat. Hadoii.

Dah selamat sampai kat pondok Timpohon, terus ke Kinabalu Park. Hoyeahhh makan lagi ! Perut memang lapar masa ni. Pulun puas2 !

Ada baki dua hari terakhir sebelum program ni tamat. Nantikan episod seterusnya.




















































































































































No comments:

Post a Comment