Monday 3 February 2014

Reminiscing The Sweet Past Moment : Menggapai Kinabalu 2014 (29 Januari 2014: Day 4)

Ini dia kemuncak cerita...

Jantung berdebar nak rak bagai nak tercabut
Dahi punya berpeluh-peluh
Kerisauan tahap berganda
Hanya doa senjata semua.

(Pantun syair sajak fail -_- )

Alkisah pada hari ini: Misi Pendakian Gunung Kinabalu Sesi 2013/2014. Pertama kali dan In Shaa Allah kali terakhir dalam hidup.

Ini antara fakta terbaru Gunung Kinabalu (pada orang lain mungkin info ni lapuk agaknya) :


  1. Pada waktu malam suhu di Laban Rata mencecah takat beku: 0 darjah Celcius, semakin ke puncak, semakin rendah suhunya, kini mencecah -4 darjah Celcius. Dan oksigen akan semakin berkurang setiap 100m otw nak ke puncak gunung.
  2. Di puncak memang dah berais pun sebenarnya. Dan ada rumours mengatakan kat puncak akan ada salji. Haha patutlah ada kawan minta bawak balik salji ke UM. Sorry la tak dapat bawak balik. Malaysia bukannya negara 4 musim.
  3. Kesejukan bergantung pada kekuatan setiap individu. Pernah terjumpa beberapa orang mat dan minah salleh pakai baju nipis je bila ada kat puncak. Ok. Geram.
  4. Kekuatan pun berbeza juga bagi setiap individu. Jangan terkejut kalau ada ternampak porter tu bawak peti sejuk yang besar gedabak dan tong gas digalas pada belakangnya dan kena berjalan dari jalan Timpohon atau Mesilau hingga ke Laban Rata.
  5. Di sini memang ada perkhidmatan porter tolong bawakkan beg hiking yang dah tak larat nak bawak. Pernah sekali terjumpa seorang porter bawak sampai 5 beg hiking yang berat. Bayar RM10 setiap 1 kg. Hmm. Boleh kaya porter tu.
  6. Jalan menuju ke Laban Rata ada dua: Laluan Mesilau yang jaraknya 8km (6km untk bertemu dgn simpang dan 2km ke laban rata) manakala Laluan Timpohon yang jaraknya 6 km (4km utk smpi ke persimpangan dan 2km ke laban rata) . Berdasarkan statistik memang kebanyakan pendaki akan jarang sekali lalu Laluan Mesilau. Kiranya Menggapai Kinabalu tahun ni memang break the record laa. Tabik !! Biasanya ramai pendaki akan lalu di Laluan Timpohon. Tapi agak terseksa jugak. Sebab memang tangga belaka dan takde pemandangan indah nak dilihat. Seronok lagi ikut Laluan Mesilau, sebab pemandangan indh belaka. Sebenarnya tak rugi langsung ikut laluan Mesilau.
  7. Pendaki yang mendaki ikut Laluan Mesilau dan sampai ke puncak (Low's Peak) akan dapat dua sijil: satu sijil yang 'colour' dan satu lagi sijil yang 'black and white' . Yang ikut laluan Timpohon dan sampai ke puncak tu tak tahu pulak dapat sijil yang macam mana.
  8. Mendaki tu sebenarnya kena ikut speed dan stamina masing-masing. Dan seeloknya bila rasa penat tu jangan berhenti dan duduk. Nanti badan lebih mudah penat dan cepat cramp. Biar jalan slow2 asalkan konsisten. Kalau saya lain cerita, duduk kejap pun boleh bangun balik. 
Antara senarai barang yang wajib bawak:
  1. Windbreaker (kalau tak mampu, pakai je baju berlapis-lapis. Biasanya dipakai semasa pendakian dari Laban Rata ke puncak. Dari kaki gunung ke Laban Rata tak perlu pakai baju tebal2. Nanti lagi rimas.
  2. Headlamp (sebab akan mendaki dari Laban Rata ke puncak sekitar jam 2.00 pagi. Seboleh-bolehnya guna bateri baru)
  3. Glove (kalau boleh waterproof dan ada grip. Memang mahal, tapi cukup berkualiti nak pegang tali yang dah sedia terpacak tu. Sebab biasanya kalau basah confirm tangan akan rasa sejuk dan mungkin boleh terjadi frostbite (Wallahu a'lam), depends pada sebahagian pendaki. )
  4. Raincoat (in case kalau hujan semasa pendakian).
  5. Kasut hiking (lagi bagus kalau pakai kasut Adidas Kampung yang macam kasut bola sepak tu. Sebab memang grip sangat kuat bila berjalan atas batu yang ditarah. Murah pun murah. Bergetah. Tahan lasak)
  6. Berus gigi dan ubat gigi serta barang mandian.
  7. Stokin tebal (bawak extra, at least 2 atau 3)
  8. Beg hiking 
Senarai barang yang disarankan untuk dibawa: 

  1. Ankle guard, knee guard, bagi yang pernah ada history kecederaan ataupun lepas undergo ACL/PCL surgery.
  2. Mafla (saya gantikan dengan selendang pashmina je)
  3. Snowcap (untuk lindung telinga dari deruan angin yang kuat bertiup.)
kalau nak tengok blog lain pun boleh, macam2 cerita boleh tengok.

Yang kat bawah ni gambar Mount Kinabalu Trails Map.




Bangun awal2 pagi bersiap2 lebih awal untuk breakfast di Balsam Buffet Restaurant. Tapi sebelum tu bergambar dulu berbackgroundkan Gunung Kinabalu dan badan bersandar pada pagar. Daripada Kinabalu Park lagi dah boleh nampak Laban Rata. Tempat tu nampak putih berkerlipan kalau dilihat dari jauh. Cantik. Ada juga nampak stesen RTM.















Yang kat bawah ni gambar berkumpulan pulak..







Gambar selfie.



Tak tahu macamana boleh teleng kepala ke kiri.

Dah teleng kepala ke kiri, teleng ke kanan pula


(L-R : Syed, Topek, Bella, Paan, Azam, Wapy)




Masa nak sarapan tadi, tetiba rasa macam hilang pulak selera makan. Risau tersangat. Takat makan roti wholemeal tiga keping + butter sekali dengan bubur nasi dan air sunquick. Itu pun ada yang tak habis. 

Haa ni dia gambar restorannya. Cantik kan ? Lawa sangat tempat ni. Kalau rasa sejuk boleh makan dalam 'closed room'. Tapi biasanya pagi dalam pkl 8 pagi dan selepasnya taklah sejuk mana. Sejuk sikit je. Sebenarnya makan kt ruangan luar lagi best. Tengok pemandangan indah tercipta.





Balsam Buffet Restaurant: Outside View.


Gambar yang di bawah ni aksi2 gembira breakfast beberapa jam sebelum bermulanya pendakian. 






Lepas breakfast ada yang ambilkan gambar2 kenangan..credits kepada photographer2 yang lain tu.





(L-R: Ana dan Bella)


Sharina


Najiha

(Behind L-R : Aishah, Anis, Ana, Wani, Tyah)
(Front L-R : Najiha, Ayin, Bella)


Lepas breakfast pun tangkap gambar lagi, tapi kali ni di depan papan peta Mt. Kinabalu Summit Trail.


(Behind L-R : Kak Izza, Zameer, Nami, Zaiem, Kama, Bella, En. Faiz (Felo KK8), Najiha)
(Front L-R : Hasanah, Tyah, Wani, Aishah, Ayin, Azim, Ana, Niena, Ina)


Dah macam menari pulak =='


( L-R : Najiha, Ina, Anis, Azeli, Azam, Nami)

( L-R : Ina, Ayin, Ana, En. Faiz, Nami, Najiha, Anis)


Lepas breakfast, dengar briefing dan amanat terakhir dari pengetua KK8, Dr. Zulkifli. Ada dua lagi felo yang join: En. Faiz dan Ustaz Mizra. Ada jugak wanita yang join, tapi tak kenal pun. Siap ada bagi tips cara2 nak adjust keselesaan pakai beg hiking lagi. Tapi agak tak syok laa, sebab Pengetua kolej dan Felo ikut Laluan Timpohon.

Dr. Zul beri sedikit briefing sebelum pendakian bermula.
( L : Ustaz Mizra, R : En. Faiz )

dah habis briefing, porter (kalau tak silap) hantarkan kami semua ke Laluan Mesilau. Memang jauh perjalanan . Kena keluar dari Kinabalu Park dan  jalan ke sana pun berliku-liku. Tak macam Laluan Timpohon yang boleh pergi dalam Kinabalu Park. Memang sure akan lalu Dairy Farm punya. Group saya group yang first pergi Mesilau Trail dulu.

Dah sampai di Mesilau Trail pun bergambar lagi, sementara menunggu group yang lain sampai.
























Semua group dah sampai, so dah boleh briefing taklimat nak daki gunung. Memang tak dinafikan, Laluan Mesilau memang sangat ekstrim kalau dibandingkan dengan Laluan Timpohon, tapi sangat berbaloi. Tak rugi kalau ikut Laluan Mesilau. Best sangat. Confirm akan lihat banyak benda yang tak terjangka di depan mata. Cramp kaki tu memang adat mendaki pun. Tapi for sure ada prevention dia:


  1. Stamina kena kuat.
  2. Kena stretching betul2.
  3. Minum air elektrolit eg. 100 Plus atau Revive dicampur dengan sachet oral rehydration salt (ORS). Mula2 lepas minum tu memang rasa sebu sikit, tapi sikit je pun, daripada cramp teruk2 masa nak mendaki nanti, lagi sakit. 
Porter ada cakap, ada banyak perkara yang tak diingini pernah berlaku sepanjang pendakian ke puncak. Siap ada kes kematian lagi. Ada yang meninggal sebab ada penyakit darah tinggi, terjatuh dari tangga, hmm banyak lagi reason sebenarnya. Pernah ada history yang ratu cantik meninggal semasa mendaki dari Laban Rata ke puncak sebab terjatuh. Mana tak takut. Masa ni memang berdoa sungguhlah nak elakkan perkara tak diingini berlaku.

Lepas briefing, bacaan doa dan bila semua dah setel, pendakian bermula jam 10.30 pagi. Tapi sebelum tu, sesiapa nak sewa tongkat boleh order, tak mahal pun. RM 10 je.

Hiking starts.

Pendakian dari Checkpoint Laluan Mesilau ke Laban Rata.














































































































































































































































Pemandangan udara dari laluan Mesilau


































































 Pemandangan udara dari Laban Rata







































































Nantikan episod seterusnya...





































No comments:

Post a Comment