Monday 3 February 2014

Reminiscing The Sweet Past Moment: Menggapai Kinabalu 2014 (28 Januari 2014 : Day 3)

Sesi Gotong-Royong

Aktiviti sukarelawan dah pun setel. So the next slot is aktiviti gotong-royong di Rumah Anak Yatim Tambunan (RAYT)


Bangun seawal mungkin sebab kena check-out awal. Sebelum keluar dari SMAI Tambunan sempat lagi tangkap gambar kenangan.







Dah selesai bergambar tu dalam jam 8.00 pagi terus gerak ke Rumah Anak Yatim Tambunan. Waktu ni adik2 masih di sekolah.

(L-R : Nami, Anis, Najiha)


Di sini sudah disediakan lebih kurang 10 pencakar daun (rake) dan 10 penyapu baru. Cantik belaka. Sebab baru kan. Ada seorang yang jaga rumah ni kata: bersihkan mana2 je ikut keikhlasan hati. Kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang akan bersihkan playground, ada yang bersihkan dewan, ada yang bersihkan longkang, etc etc. Ok ready.. get set.. GO !!

Reaksi menunggu tugasan diberi


Kumpulan yang bersihkan dewan

Kumpulan yang bersihkan playground.

Gigih sungguh bersihkan luar surau (y)

penat.. nak rehat kejap


Sebahagian kata2 mutiara di dinding RAYT


Dah takde kerja, apa lagi. Melompat.





Dah penat bergotong-royong, basahkan tekak kejap. Pergi kedai depan RAYT beli air dgn sikit jajan. Nak tunggu bas punya lama sampai, terus buat rehearsal untuk Majlis Penutupan Program Sukarelawan Sekretariat Menggapai Kinabalu '14 dan Penyampaian Cenderamata.

Majlis Penutupan Program Sukarelawan Sekretariat 2014

Majlis penutupan Program Sukarelawan Sekretariat bermula jam 2.00 hingga 3.00 petang di Dewan Serbaguna RAYT.

Waktu ni adik2 nampak keletihan masa majlis berlangsung. Ada jugak yang tertidur lena dibuai mimpi.





Selepas bergambar, ada pulak belon. Memang seronok galaklah kanak2 ribena main letup-letupkan belon. Habis bergegar satu dewan. Yang bestnya ada dua tiga orang adik yg mintak no fon. haha. jadi retis sekejap :P Felo dgn member MK pun pelik tengok apa yg saya buat ni. Ah ! takleh tengok !

Apa2 pun, majlis penutupan tamat kira2 jam 4.15 petang. Move on to the next agenda:

Bertolak ke Kinabalu Park

Bertolak ke sana pada jam 4.30 petang dan tiba pada jam 6.00 petang. Subhanallah pemandangan indah yang diciptakan oleh-Nya. Memang kabus sungguh di keliling. Tak terucap dengan kata2. Biar gambar yang ceritakan keindahannya. Kalau dilihat dari kaki gunung teramatlah tinggi. Hinggakan kadang2 rasa sikit lemah semangat dan macam mustahil je nak sampai puncak. Kes2 kematian yang penah berlaku amatlah menakutkan saya dan yang rakan2 lain untuk ke puncak. Tapi kalau terus dengan persepsi tak betul tu, memang takkan sampai ke puncak. Lebih baik berfikir positif. Itulah yang mampu kuatkan semangat. Masa inilah ibu dan ayah bagi kata2 sokongan dan motivasi kpd semua. 








'Duta Proton Saga FLX' , Azim dan Nabela ditemubual oleh 'wartawan', Azam.



(L-R : Kak Izza, Nami, Kama, Ayin, Anis, Bella, Faizzul, Azeli.)
Dah bergambar tu, dinner pulak kat Balsam Buffet Restaurant. Restoran ni terletak kat bawah tanah. Kena turun tangga. Makanannya best2 belaka. Perghh sedap !! Dah macam stay oversea daa. Nyum..makan puas2 ikut suka nak makan apa.

Lepas dinner, terus check-in bilik. Memang Masha Allah pergghhhhh sejukk bahh. Tak pasang air-cond pun menggigil satu badan. Mana tak nya, tingkap memang terbuka. Nasib baik ada penghadang. Nak mandi pun tak sanggup sebenarnya. Masa ni suhu mencecah 17 darjah Celcius. Boleh kata suhu air tu laa suhu yang di Laban Rata pada waktu malam. Air pula takde masa tu. Memang tak termandi la. Dah bersiap-sedia pakai baju berlapis-lapis sebelum tidur. Dalam bilik ada tiga katil double-decker. Saya tak boleh tidur kat katil atas sebenarnya, sebab ada history ayah saudara meninggal dunia sebab terjatuh dari katil atas. Ayah saudara dah lama pergi, tapi kesannya cukup membawa effect kepada sesiapa, tambah2 katil atas tu tak cukup protection nak elak dari terjatuh masa tidur. 

Dan sebelum tidur, siap2 packing barang dulu sebab esok ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu akan bermula pada jam 10 pagi.

No comments:

Post a Comment