Sunday 2 February 2014

Reminiscing The Sweet Past Moment: Menggapai Kinabalu 2014 (27 Januari 2014 : Day 2)

Haaaa masuk sudah hari kedua. Lepas bangun pagi bersiap-siap segala bagai, test-run sukarelawan sekejap, lebih kurang sejam sebelum berangkat ke Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan.

Dewan Mengaris, MRSM Kota Kinabalu


Senarai Aktiviti Sukarelawan. 













































































Muka2 bahagia heksaited gembira dalam bas boleh tengok kat gambar bawah ni.




Macam2 aksi boleh tengok. Let picture express everything.



Ok. Perjalanan dari MRSM Kota Kinabalu ke Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan ambik masa lebih kurang 3 jam baru la sampai. Punya lama + jauh punya perjalanan. For sure memang lalu kat Banjaran Crocker la. Banjaran tertinggi di Malaysia. Punya curam jalan nak ke sana, sampaikan bas terberhenti sebanyak empat kali. Nasib baik bas boleh gerak balik. Telinga pun boleh sakit sebab air pressure sangat tinggi. Ni haa jalan dia. 




Aksi di dalam bas:










Daann akhirnya sampai juga ke destinasi. Kehidupan pelajar2 di sini teramatlah sederhana. Kebanyakan bangunan diperbuat daripada papan kayu. Tapi apa yang saya suka di sini ialah : pelajar di sini kuat pegangan agama (respect tabik spring !! ngee boleh buat geng ni : D ) dan hebat bab2 jaga pergaulan. Hmm.. ini dah memang standard. Kalau pelawat nak datang sini, wajib ambil tahu DUA perkara : Pakai pakaian yang menutup aurat bersopan-santun dan jaga tingkah laku di sekolah ni. Rasanya mana2 sekolah agama pun memang kena amalkan dua perkara ni.



Sepanjang program sukarelawan, memang semua akan solat di sini: Masjid Nurul Iman Tambunan. Memang kat sini kebanyakan kanak2 memang sangat polite dan pemalu. Sangat comel. Tapi gambar adik2 tu tak ada. Ada gambar masjid je.

Masjid Nurul Iman, Tambunan, Sabah.






lepas makan tengahari, solat, dan settle semuanya, and then move on to the next progress: Program Sukarelawan at both places as what I had mentioned in the last post.

Di Rumah Anak Yatim Tambunan pula tempatnya agak cantik. Boleh dikatakan ada 80 orang anak yatim menetap di sini daripada umur kecil sehingga umur 17 tahun. Tak terbayang kehilangan ibu dan ayah. Lagi sedih bila tengok ada seorang adik kecil ni. Dia ni sebenarnya Down Syndrome dan dipinggirkan sebab rupa parasnya. Selagi mana dia ada dalam dewan, selagi itu adik2 yang lain lari jauh2 daripada dia. Dalam ramai2 adik kecil, saya lagi rapat dengan adik ni. Namanya Khalisyah (maaf kalau tersalah ejaan nama). Dia kerap sangat tarik tangan saya lepas tu ajak makan sama2, main atau jenjalan mesti nak dengan saya dan member MK yg lain. Dari situ boleh nampak yang adik ni kurang perhatian dan kasih sayang. Anak2 yang lain happy-go-lucky je.

Program sukarelawan Alhamdulillah sangat lancar dan padu. Tengok adik2 semua sangat cooperative, ceria dan ada daya saing antara kumpulan. Majlis bermula dengan pengenalan fasilitator sukarelawan (ice breaking) . Untuk Program LDK ada 5 aktiviti berbeza: Ada pertandingan cheers, jigsaw puzzle dan telefon buruk (lagi dua aktiviti tu tak ingat pula) . Masing2 ada bakat yang berbeza. Alhamdulillah group saya dapat first place.

Sesi ice breaking fasilitator bersama-sama anak yatim di Rumah Anak Yatim Tambunan, Sabah.



This is my group . Happynya mereka bergambar dengan hamper. 1st place kan :)

Sementara itu, di Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan...















































































Main game telefon rosak

Selepas habis program sukarelawan, semua pelajar bersalam-salaman dengan peserta MK '14 dan juga Felo KK8. Keesokan harinya ada slot gotong-royong dan Majlis Penutupan Program Sukarelawan di Rumah Anak Yatim Tambunan.

Sesi bersalam-salaman antara pelajar dengan peserta MK '14 dan juga Felo KK8. 


No comments:

Post a Comment