Saturday 2 May 2015

In The Making of #Sprinter Prosthesis (Throwback)

Alkisahnya pada 14 Mac yang lepas, waktu pagi. Masa tengah bengkel latihan industri ni tetiba terbaca satu notifications dalam group FB:




Actually Prof Azuan tu Dekan Fakulti Kejuruteraan. Last semester Prof Azuan as a lecturer untuk subjek Biomekanik Prostetik. Berjuraian air mata study subjek ni, sebab banyak sangat relation dengan terma macam Ground Reaction Force, Torque, Angle, Power, Cadence, etc. Setiap sendi, otot dan tulang ada perkaitan parameter tersendiri. Ok dah pening kepala. Tapi Alhamdulillah, score jugak subjek ni. Haha, so proud enough ! 

Masa waktu rehat tu berjalanlah kemain laju sorang-sorang dari Fakulti Bahasa dan Linguistik ke Fakulti Kejuruteraan di bawah cahaya matahari yang super terik! Nasib baik bawak payung haaaa.

So sampai je kat The Cube, Engineering Tower, Prof Azuan bagi briefing sikit pasal task yang perlu dibuat. Lepas briefing, 5 orang student undergraduate (including me) dibahagikan kepada 1 orang: 1 kumpulan. Master of Biomedical Engineering student ada 5 group. Mereka buat ni as a part of Rehabilitation subject. So tasknya adalah:

Create satu prostetik (aka kaki palsu) untuk orang normal (bukan untuk orang yang kakinya dah kena potong!). Setiap group mesti ada design yang berbeza. Bagi student Undergraduate Prostetik dan Ortotik (PNO), hanya manufacture that knee disarticulation prosthesis. Student Master Biomedical Engineering kena perform Motion Analysis di Human Motion Analysis Lab pakai sensor Teckscan untuk detect pressure pada bahagian lutut dan keseluruhan kaki yang terlibat. 

My reaction at that time:



Wahahaha. Walaupun tak segenius dan tak sehebat coursemate lainnya, takpe laa. Sahut cabaran ! Engineer-to-be mesti sahut cabaran ! Tak gitu ?

Back to the topic. I was included in Group 2 aka Group #Sprinter, group member adalah:

AMIR (ketua) --SAFWAN--KEMA--WIS--ERINA--FARHANA (assistant)

Diskusi bermula dengan sesi taaruf (Islamic term yang membewa maksud Ice Breaking atau sesi perkenalan). After that, diskusi diteruskan dengan explain design apa yang nak dibuat untuk aku punya kumpulan ni. My plan is:

Buat prostetik sudut 120 degree. Saja nak buat design lain daripada yang lain dengan group lain. Tak nak ada unsur plagiarism walau sikit pun ! (Kononnya laa).



Antara ketiga-tiga pilihan ni, aku ambik pilihan bawah sekali.


Planning :)


Measurement form. Tak semua yang akan apply.

Untuk post kali ni cuma post summary of all parts. Sebab kalau buat terlalu banyak, nanti boring.

And so setiap member dibahagikan kepada bahagian masing2.

Amir as a subject.
Safwan as a photographer.
Me as an assistant (aka supervisor. eh ? :3)
Kak Kema, Kak Erina, dan Kak Wis, as my assistant jugak la.

Hari pertama (27 Mac 2015) di Makmal PNO. Dah brainstorming (walaupun tak berapa nak brainstorming sangat), terus buat preparation. Ada beberapa tahap nak buat prostetik:

  1. Casting
  2. Rectification/Modification
  3. Molding
  4. Lamination
  5. Alignment
  6. Siap dah :)
Hari ni buat 2 task sekaligus: Casting process dan Rectification process (earlier stage). Kaki subjek diukur dulu sebelum dibalut dengan bandage Plaster of Paris.


Ukur sudut kaki pakai goniometer. Kaki kanan tu letak atas bangku. Kesian. Sakit #Sprinter tu.



Hahaha. 



Siap dah negative cast. Cast tu kena potong pakai cast cutter, benda tu ada kt atas bench. Kesian. Habis kaki comot.


Cast ni kena isi dengan air Plaster of Paris nak tunggu positive cast tu kering dan keras. Juga berat. 
Proceed pula dengan rectification process. Proses ni tak susah sangat. Takat buang anggaran 5mm cukup la. 



Bukak negative cast. Ada positive cast di dalam. Keras. Lain kali pakai sabun before apply cecair Plaster of Paris tu. Nah ! Hambek kau !


Kaki tu kena conteng sebab nak kira ukur lilit setiap bahagian. Serius berat kaki ni. Plaster of Paris lebih kurang je dengan simen. Berat. Bezanya, Plaster of Paris senang rapuh. Simen kuat lagi kukuh. Sebab itu la Plaster of Paris tak sesuai dibuat rumah atau jambatan.


Ini kak Erina. Cantik orangnya. Skill dia power bab masak kek dan biskut. Skill ini kak Erina apply untuk buat kaki #Sprinter ni. Patutla cantik je positive cast tu. 


Kak Wis. Tak silap Kak Wis student Master paling tua sekali. Dah ada sorang anak, umur 4 tahun. 


Kak Kema, si akak cantik. Asyik kena troll dengan sorang lab technician (tak nak bgtau nama technician tu sape. Try la guess ;) )


Ini dia #Sprinter kita: Amir. Dia ni hebat. Semangat dia lain macam. Padanla kenapa group member panggil dia #Sprinter la, lecturer la, leader la. Adoyai. 



Lepas rectification process tu dah siap, continue dengan finishing process guna wire screen. Finishing process dibuat masa hari ke -3.




Kebetulan Prof Azuan ada melawat lab kejap. Intoducing Prof Azuan bin Abu Osman (tiga dari kiri). Prof Azuan in rushing masa ni. Sebab lepas tu Prof Azuan will fly to China. Ada urusan. 




Muka happy depa bila kaki ni siap dah undergo finishing process.


Hari ke-4 (10 April 2015) proceed pula dengan molding process. Sebelum masuk polypropylene dalam oven, mesti kena potong dulu. Pakai jigsaw. Positive cast tu dibalut dengan polypropylene yang dah panas dan otw nak cair. Tunggu nak dekat 1 jam baru la cair (bukan cair terus!)



Nak angkat polypropylene punya cuak. Takut melekat. 


Polypropylene kena sedut dengan suction machine


Technician assist sekali.




Potong lebihan polypropylene.


Tadaaaa. Siap dah part Molding.


Masuk pulak hari ke-5 (12 April 2015), potong socket kaki tu, lepastu main-main dengan grinding machine. Pernah sekali tangan aku kena grind dengan machine tu. Masa first year. Luka teruk jugak. Even lecturer tu pun ngeri tengok. Sekarang ni parut kat tangan tu dah ok. Dah lama sembuh. 

Meanwhile, ada alignment process briefing. Ada banyak penerangan macamana nak assemble-kan SACH foot, pylon tube, dengan socket tu.


Lab technician bagi penerangan.

p/s: Amir buat apa tu ?


Habis briefing, terus potong socket tu dan keluarkan daripada positive castnya. Pakai cast cutter. Masa ni I had gone somewhere. Ada hal. Jadi ada 3 orang kakak datang tolong. 





Sampai ada 3 orang nak bukak keluar soket tu. 

Lepas urusan settle, datang balik lab, sambung siapkan kaki #Sprinter. 













Dah habis main grinding machine, main pulak dengan api (eh takdelah). Cairkan cotton belt untuk socket.






Tebuk lubang pakai drilling machine.


Apply cotton belt pada area yang nak letak.


Ni baru 80% siap. Ada lagi 20% tak siap lagi. Dush !


Nampak tak muka bahagia #Sprinter kat situ ? :P



Okeyh sambung lagi pasang Velcro Straps. Penat. Penat. Sambung pulak buat padding. Tapi aku tak buat, kakak 3 orang yang tolong buat. Lain macam letih aku masa ni.










Masa first year, tak pernah lagi try nak align kaki. Masuk third year baru nak belajar. Teruk betul. 


Potong pelite 5 lapis lepas tu buat bulatan untuk sambung dengan prosthetic adapter







Laser beam untuk check alignment.



Potong polypropylene pakai jigsaw.





Lab technician pakai plumb line nak tengok lurus tak kaki daripada sendi pinggul (hip joint)





Sambung prosthetic adapter pada prosthetic socket.





Muka bahagia #Sprinter 


Tanggal 14 April 2015, tamatlah perjuangan menyiapkan kaki #Sprinter ni. Bahagian aku je la. Yang member lain punya part disettlekan di Motion Lab Analysis. Kalau takde bantuan daripada technician lab dan semua group #Sprinter ni, takkan siap kaki yang satu ni. Dan kalau takde semangat yang jitu, kaki palsu #Sprinter boleh jadi tak cantik agaknya. Buruk lagi ada la. Errr. 

Harapnya lepas ni kalau ada projek buat prostetik dan ortotik, nak sangat involve. Nak belajar lagi. Takpe kena sound pun, asalkan belajar. Heee.

Dah itu je. Thanks :)

#ALoneGirlToBeExplorer

Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, 
Fakulti Kejuruteraan, 
Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment