Sunday 3 May 2015

APK Punya Task: Jual Satu Produk Inovasi

Untuk semester ni. Ada 8 subjek diambil. Semua subjek berbeza tahap kesusahannya. Yang peliknya, dalam banyak2 subjek yang ambik semester ni, entah kenapa suka sangat study APK. aka BEC. Asas Pembudayaan Keusahawanan.

Satu task yang kena buat untuk subjek ni. Create Business Plan. Subjek ni banyak membuat aku merenung muhasabah balik. Bukan senang nak bukak perniagaan. Nak cari modal, kena follow macam2 jenis regulations, nak tanggung risiko lagi.

Susah macamana pun, tak tau kenapa aku suka sangat belajar buat Business Plan. Hmm. Macam ada petanda bakal jadi business girl lepas grad kot. Lagi bagus kalau bukak sebelum grad. Amin amin.

Kebanyakan pensyarah beri kelonggaran pada student nak jual apa saja jenis barang, termasuk makanan dan minuman serta servis. Tak aci. Pensyarah aku je lain macam sikit. Akan menarik minat pensyarah tu kalau student apply inovasi dalam produk yang  depa buat. Nah. Hebat betul cubaan semester ni. Kena banyak brainstorming. Create idea. Kalau tak sanggup lalui dugaan, jangan terlibat dengan bisnes langsung. Habis.

Deep gila quote atas ni.

Dalam kumpulan, aku volunteer untuk design produk tu. Selalu tengok banyak pengilang borong lilin. Ada lilin biasa, ada lilin wangi, lilin berhias. Macam2 ada. Itu mainstream sangat. Tapi setakat ni di Malaysia tak pernah jumpa mana2 pengilang yang jual lilin yang tak pakai wax paraffin oil (tak tahu la kalau ada yang dah start jual). Dan kebetulan ada sorang member dalam group, Adhel (bukan nama sebenar), dia yang bagi idea ni. Lagipun dalam group lain setakat ni tak ada yang ambik produk yang sama macam kami punya group. Haa. See. Tak silap dalam 3 kumpulan create product yang sama: Bracelet. Tak ke hebat persaingan di situ. Jadi ada 2 sebab kukuh kenapa group aku create NO-WAX AROMATHERAPY CANDLE .

Characteristics:

  • Semenjak tak guna langsung paraffin oil, makanya lilin ni tak hasilkan jelaga (baca: soot) yang boleh menyebabkan kanser (baca: non-carcinogenic).
  • Ada 22 bau yang berbeza: Lavender, Kenzo Flower, Pink Romance, Rose Garden, English Rose, Musk Rose, Tea Rose, Rose, Lemon, Peach, Vana's Garden, Rain Forest, Lily of the Valley, Floral Bouquet, Sandalwood, Jasmine, White Musk, Dewberry, Apple Blossom,Passion Fruit. Macam best je bau dia.
  • Boleh buat perbandingan antara lilin wax dengan lilin yang tak pakai wax. Lilin yang pakai wax kalau dibakar, baunya tak kuat mana pun. Kuat bau jelaga ada la. Lilin yang tak pakai wax, bila dibakar, satu bilik boleh bau wangi dan baunya kuat jugak la.
  • Customer diutamakan. Customer diberi hak kebebasan nak pilih warna apa dan bau apa yang nak pada no-wax aromatherapy candle tu. Nak satu warna dalam satu bekas kaca pun boleh, nak kombinasi pelbagai warna dalam satu bekas kaca pun boleh. 
  • Kebanyakan pengilang guna mesin nak create lilin wangi tu. Group aku tak sama sekali. Guna traditional method. Pakai vegetable shortening, double boiler (cara ni agak selamat, kalau nak dibandingkan dengan bakar pakai api. Bukan apa. Aku sayang kolej aku.), krayon sebagai pewarna, dan essential oil. Essential oil ni baunya kuatnya sampai bilik jiran sebelah kanan kiri depan belakang boleh bau. 
Malam tadi lepas balik dari Mid Valley dan The Gardens Mall, terus buat eksperimen. 

Since cara buat pun sangat la tradisional, ni je bahan aku pakai.




Caranya senang je. Tapi ambik masa agak lama nak bagi keras. Ambik satu mug stainless steel tu, masukkan vegetable shortening serta titisan essential oil dan hirisan krayon tu sekali. Ambik periuk yang ada handle, masukkan panas suhu 100 degree lepas tu letak mug stainess steel tu kat atas periuk yang ada air tu. Itu double boiler punya prinsip. Cair segala benda dalam mug stainless steel tu. 


Tunggu cairan tu sejuk kejap (tapi jangan sampai keras). Baru boleh masukkan ke dalam gelas atau bekas kaca. Ikut step yang sama sampai dapat macam ni:

Ha tu diaaaa. Dah macam parfait lilin dah. Cuma tak taruk segala jenis beri atas tu. Haha. Looks different right?

Sebenarnya seronok buat eksperimen. Mencipta sesuatu yang baru. Best. 

My expression after had done this task. :')

Anyway. Group aku bukan jual yang bentuk ni je, ada je jual dalam bentuk lain. 

Saiz kecil = RM4
Saiz medium = RM8
Saiz besar =  RM10

And so folks! Don't miss your opportunity to buy our No-Wax Aromatherapy Candle, and feel the calmness !

Bertempat di suatu tempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (segala info akan diberitahu di sini).  Pada 21 Mei 2015 (Khamis) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. 

Ok. Itu je post hari ni. Nak pergi kerja dah. Assalamualaikum. :)

#ALoneGirlToBeExplorer
Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya.


No comments:

Post a Comment