Saturday 6 June 2015

Aku Bahagia Hidup Solo !


Hari ni je dalam Facebook dah lebih 10 post pasal orang kahwin! Alhamdulillah ! Tahniah ! Moga bahagia hingga ke syurga..

Dalam keadaan dah nak tua ni, adik aku tanya:
"Kak long, bila kak long nak kahwin ? Kawan2 kak long ramai dah kahwin. Anak dah ada sorang. Entah bila kitorang nk tunggu kak long ada pakwe ni. Mau berjanggut ni."

Aku terdiam.

Kadang2 bila tengok post pasal orang kahwin ni, aku rasa nak muntah, Sebab post ni memanjang berjela-jela sepanjang scroll wall dari atas ke bawah. Benda yang sama je. 

Ni muntah sopan namanya. Kalau aku muntah semua orang tak tengok. Dah la muka aku tak lawar, pergi muntah pulak. Aisey.

Anyway. Orang2 yang dah kahwin punya persediaan yang cukup. Aku tak nak kahwin lagi.

Kenapa?

Aku bahagia hidup single. Itu je. 

Sebenarnya kalau nak bandingkan orang yang dah kahwin dengan orang yang masih single ni, orang yang masih single ni bebas nak buat apa je (asalkan tak langgar hukum syarak). Ye la kan, sejak kecik aku asyik terperap di rumah dan sukar nak kemana-mana, bila dah besar panjang terpinar-pinar tengok orang dah banyak ilmu, aku masih terkial-kial nak cari ilmu. Aku dari kecik suka travel, bebas nak buat apa ja, tapi disekat. Takpe. Sabar.

Sekali bila masuk uni aku cari kebebasan sebebas-bebasnya. Nak jadi photographer, nak jadi pelukis, nak jadi novelis, nak jadi pendaki gunung sejati, blah blah blah. Nak join program, nak datang talk, semuanya pilihan di tangan sendiri. 

Cuba bayangkan, kalau aku kahwin pasda usia yang begitu muda. Dah la tak cukup explore dunia, tetiba bakal suami kata,

"Awak berhenti je kerja tu. Jaga anak. Masak. Kemas rumah. Jahit baju. Blah blah blah..."

Bayangkan dah penat empat lima tahun bertarung nyawa darah air mata peluh belajar engineering, tetiba suruh berhenti kerja. Hello, aku sayang masa depan aku. Nasib adik-adik aku tak terbela lagi. Cuba bayangkan kalau keluarga aku dalam kehancuran, siapa nak jaga? Ofcos la aku anak sulung kena jaga ibu ayah serta adik-adik yang lain. Takkan nak hidup bahagia sedangkan adik2 menderita? Fikir. Akal tu ada. Guna. 

Cukup menyampah lihat orang post status pasal nak cari tulang rusuk kiri, imam makmum bagai, Pergi masjid selangkah pun tak ! Memang aku tak like status begini. Geli. Sumpah. 

Kepada lelaki yang nak jadi suami aku, lelaki macam ni yang aku nak:

1. Rajin berusaha. Aku boikot lelaki pemalas. Lelaki adalah ketua keluarga. Tunggak keluarga. Penentu bahagia atau hancurnya keluarga. Lelaki yang kaki gamers atau pemalas memang aku reject mentah2. Biar lah genius macam mana sekalipun. Aku takut akan lahir seorang anak yang pemalas jugak. Wa iyazu billah.

2. Lelaki itu adalah engineer, atau engineering student. Kenapa? Sebab aku adalah engineering student, Aku ambik lelaki begini sebab aku yakin dia akan faham keadaan aku, sebab dia dah lalui perkara tu. Aku risau kalau dapat lelaki akauntan (contoh), mungkin akan berlaku keretakan rumah tangga sebab dia tak faham situasi aku. Kalau lelaki akauntan tu faham situasi aku, mungkin akan aku pertimbangkan. 

3. Kuat pegangan agama: Ni standard la. Ada ke yang nak ambik lelaki kaki botol kaki disco kaki bohsia tu? Adoi. Kekuatan agama mempengaruhi akhlak seseorang. Tak semestinya pakai serban pakai jubah bagai tu kuat pegangan agama. 

4. Saling memahami. Nak nasihat isteri tu biar guna psikologi, ikut apa yang al-Quran suruh. Bukannya mencarut, lempang pipi, sepak, bunuh dsb. (astaghfirullah) kalau isteri buat silap. 


Kadang2 bila fikir balik requirement yang aku nak ni, aku rasa macam susah nak jumpa. So sebab itu aku seronok hidup single. Dan aku tak perlu fikir apa nak nak dibuat selepas kahwin. 
Masalah negara pun belum selesai lagi. Aku masih bertarung untuk perubahan hidup ke arah lebih baik daripada sekarang, Peka dengan isu dunia, belajar kemahiran. Masha-Allah, nikmatnya !

Haa see? Ayat yang simple, tapi kemain parok nak buat. 


Rasanya itu je kot. Anyway I want to say that, tak ramai pun nak tengok blog aku ni. Kalau rasa menyampah, sila jangan baca dan terus tutup blog ni. Aku bukan nak harapkan pujian manusia, aku nak kejar redha Allah. Aku menulis sekadar berkongsi, bukan untuk mengejar like atau populariti. 
Ehehe. Cheers!
Assalamualaikum

#ALoneGirlToBeExplorer
6/6/2015

No comments:

Post a Comment