Thursday 21 May 2015

Nak jadi penulis ? Ingat senang ke?

Bismillah.

Sebenarnya memang dah sekian lama dah pendam niat dalam hati nak jadi penulis. Tapi tak tahu la bila masanya akan tiba. Dan kalau ditakdirkan jadi penulis pun, entah jauh ke mana 'terbangnya' segala penulisan. Sifat 'jeles' semakin meruap-ruap bila ada sebahagian kawan dah berjaya sebarkan buku ke seluruh pelusuk Malaysia. Antaranya: Meor Farid Asyradi. Terbayang awang-awangan dalam fikiran macam mana dia boleh terbang ke 35 buah negara dalam masa sebulan. Zulaikha Adam, dalam bukunya Gelap Menuju Terang (tak sempat nak baca sinopsis). Dan juga Rozlin Adrenalin (sempat tengok cover page je). Permulaan tahap jadi penulis memang bukan senang, tapi berkat ketabahan, In Shaa Allah boleh datangkan hasil yang lumyan dan pengalaman yang indah. 

Sehinggakan ada satu program ni dinamakan Seminar Penulisan Santai dan Sentap, oleh Bro Shukery Azizan, salah seorang admin Tarbiah Sentap. Nampak post ni di Facebook, terus follow. Sangat penting untuk aku tahu tentang teknik penulisan. Silap buat buku, boleh dapat malu. Merah padam muka. Daripada program ni, Bro Shukery terangkan tentang adab buat buku, publisher mana yang bagus, publisher mana yang tak bagus. Dapat tips nak kuatkan semangat dalam menghasilkan sesuatu buku. Lepas habis sesi seminar, Bro Shukery beri assignment. Siapkan satu artikel dan hantar pada group dalam Telegram. Masa ini lah dah rasa feel menulis artikel sendiri.

Aku cuba aplikasikan apa yang disampaikan. Aku mencari ruang untuk aku brainstorming topik yang menarik untuk aku hasilkan buku. Dan akhirnya dapat idea untuk buat buku. Tajuknya mana boleh bagitau. Rahsia.

Lepas menulis, usha pulak publisher mana yang sesuai untuk hantar buku. Dan semalam tiba2 dapat call. Daripada publisher consultant dari Singapura. Memang tak reply call la, tengah ada kelas TITAS masa tu. Balik bilik, bukak Siswamail, tengok-tengok benda ni yang keluar:


Terkejut gaban aku masa ni. Masha Allah. Dapat tawaran punya awal, sedangkan buku pun tak terhasil lagi. Hebat belaka orang Singapura. Dalam email di atas, syarikat Publisher dari Singapura ni betul-betul nak tolong penulis, walaupun kena bayar mahal, tapi mendatangkan output kaw-kaw punya ! Company ni memang nak tolong hasilkan buku2 best seller dalam New York Times. Tolong daripada A sampai Z. Daripada bab tolong buat book design, sampai laa ke penjualan buku. Hah tudiaa. Aku search website company ni, dan ternyata buku-buku yang dihasilkan memang kebanyakannya berbentuk ilmiah. Buku yang karut-marut lagi berbahaya akan direject. Tak macam Malaysia, buku -buku yang mendatangkan bahaya masih boleh diterbitkan. Singapura tak boleh sama sekali publish.

Namun begitu, hendak tak hendak aku terpaksa tolak tawaran ini memandangkan penulisan masih di tahap permulaan dan mengambil masa kira-kira enam bulan, baru aku contact balik company ni. Serius nervous. Cuak.

Sekian untuk hari ini. Moga aku kuat hadapi pertarungan hidup ini.

#ALoneGirlToBeExplorer

No comments:

Post a Comment